Cara Penubuhan Syarikat
Sesiapa yang ingin mendaftarkan syarikat tempatan mestilah memajukan dokumen-dokumen yang diperlukan berserta bayaran kepada Suruhanjaya.
Syarikat hendaklah mempunyai:
- sekurang-kurangnya dua pengarah (pengarah dan pengasas boleh terdiri daripada orang yang sama); dan
- seorang setiausaha syarikat yang terdiri daripada ahli badan profesional yang telah ditetapkan oleh Menteri atau yang telah dilesenkan oleh Pendaftar Syarikat.
Pengarah-pengarah dan setiausaha syarikat mestilah mempunyai tempat bermastautin utama atau tempat tinggal hanya di Malaysia.
Tatacara Penubuhan
Sebelum mencadangkan nama untuk menubuhkan syarikat, carian nama hendaklah dibuat untuk menentukan sama ada nama yang dipilih boleh digunakan untuk mendaftarkan syarikat berkenaan. Caranya:-
- Lengkapkan Borang 13A
- Bayar RM30 untuk setiap nama yang dipohon. Jika diluluskan, nama itu akan disimpan selama tiga bulan dari tarikh kelulusan
- Dalam tempoh tiga bulan, majukan dokumen-dokumen yang dinyatakan di bawah:
a) Memorandum dan Perkara-perkara Persatuan (Artikel)
i) Salinan asal disetemkan sebanyak RM100 pada Memorandum dan RM100 lagi pada Artikel Persatuan di mana-mana pejabat setem.
ii) Pengarah dan setiausaha syarikat pertama hendaklah dinamakan dalam Memorandum atau Artikel Persatuan.